Tragedi Hiroshima Sungai Buloh

Semua sudah sedia maklum bahawa Malaysia telah mengharamkan sebarang aktiviti yang melibatkan mercun dan bunga api, tidak kira apa jua jenis perayaan yang disambut. Namun, pengharaman tersebut bukanlah dibuat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Polisi ini mula terbentuk oleh kerana satu tragedi hitam yang berlaku di Sungai Buloh, Selangor.

7 Mei 1991 merupakan tarikh keramat yang akan diingati oleh seluruh penduduk di Sungai Buloh apabila ada pukul 3:45 petang, penduduk di situ  dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat.

Mayat rentung yang telah dijumpai
Sumber: Xtra.com
Hiroshima Sungai Buloh

Sebuah kilang mercun yang terkenal dikenali sebagai Bright Sparkler Sdn Bhd yang telah beroperasi selam 14 tahun itu, terbakar dan meletup secara tiba-tiba sehingga mengorbankan puluhan nyawa di tempat kejadian. Namun, hanya 26 orang jasad sahaja yang berjaya ditemui dan sebanyak  103 orang cedera, selebihnya yang rentung gagal dijumpai.

Disebabkan kemusnahan yang dasyat ini, tragedi ini turut digelar sebagai ‘Hiroshima Sungai Buloh’ akibat ledakan letupan yang diibaratkan sebgai perang nuklear di Hiroshima, Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Letupan yang dihasilkan telah mengakibatkan kemusnahan yang teruk sehingga gegaran dirasai hampir tujuh kilometer dari lokasi kilang dan telah menyebabkan harta benda di kawasan berhampiran musnah. Dilaporkan hampir 200 rumah di kawasan Selayang dan Seri Manjalara rosak teruk sehingga mengakibatkan cermin tingkap rumah pecah dan bangunan-bangunan juga retak.

Berpuluh-puluh kenderaan, motosikal musnah dan hangus terbakar di atas jalan raya. Ada juga diantara pemandu yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri sehingga mati di tempat kejadian.

Bukan sahaja kemalangan jiwa, malah beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang pewarna makanan yang turut berada berdekatan dengan lokasi kejadian turut dibakar.

Kemusnahan harta awam direkodkan sewaktu kejadian
Sumber : Xtra.com
Kronologi Kes

Kebakaran kilang bermula apabila letupan pertama dikesan pada pukul 3:45 petang, sebelum letupan kedua berlaku 10 minit kemudian dan berakhir apabila letupan ketiga, yang mana adalah paling kuat terhasil pada jam 4:00 petang sehingga gegarannya dirasai sejauh empat kilometer.

Selepas itu, kesengsaran tersebut masih belum selesai apabila lebih daripada 20 letupan secara berterusan berlaku sehingga kepulan asap yang dihasilkan dipercayai paling dasyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer.

Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada waktu itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Keadaan kelam kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pekerja yang gagal menyelamatkan diri ketika itu akhirnya mati terkena serpihan dan api tersebut.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran pula raungan kesakitan di rata-rata kawasan tersebut. Dikatakan berpuluhan mangsa berlumuran darah dan ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak saudara yang dikhawatiri menjadi mangsa pengeboman ini.

Pasukan penyelamat
Sumber: odisi.my
Operasi Menyelamat

Hampir 50 orang anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan bertungkus lumus untuk memadamkan api, namun ia begitu sukar ekoran sejak jam 3:45 petang sehinggalah ke tengah malam, satu demi satu letupan masih lagi berlaku.

Sewaktu usaha meredakan api dijalankan, pihak bomba terpaksa berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air sehingga memaksa mereka untuk membawa bekalan air sendiri ekoran tekanan air yang terlalu rendah di kawasan berkenaan. Pili bomba yang berada di tempat kejadian juga dilaporkan terlampau jauh serta keadaan angin yang kuat pada petang tersebut juga menyebabkan api merebak terlalu cepat.

Setelah bertungkus lumus memadamkan kebakaran, akhirnya pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan kawasan kilang.

Bertitik tolak daripada kejadian tersebut, polisi negara telah diubah sehingga mengakibatkan pengharaman terus bagi sebarang aktiviti mercun dan bunga api termasuklah juga sewaktu apa jua jenis perayaan yang disambut.

Want More Story From Us?