Mengharumkan negara melalui sains

Malaysia juga mempunyai saintis yang mempunyai bakat yang luar biasa dan telah mengharumkan nama negara ini melalui bidang yang telah diceburi mereka.

Kehidupan ahli saintis bukanlah glamor dan kebanyakkan kerja mereka seringkali rumit dan membosankan. Ini telah membuatkan pemuda Malaysia lebih mengenali artis-artis Malaysia daripada saintis tanah air disebabkan pengaruh media yang kuat dan juga kehidupan mereka yang tidak begitu rumit dan menarik.

Jika pemuda di Malaysia mengambil masa untuk membaca mengenai saintis tanah air dan mengetahui pencapaian dan usaha mereka nescaya ia akan memberi inspirasi untuk mengikuti langkah mereka menggunakan sains untuk membentuk dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami.

Dr. Mazlan Othman
Minat Dr Mazlan terhadap bidang sains telah membawanya menjadi Tokoh Sains di Malaysia

Datuk Dr. Mazlan Othman dilahir pada 11 Disember 1951 di Negeri Sembilan. Beliau seorang ahli astrofizik Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Malaysia dan penerima Tokoh Melayu Terbilang Malaysia 2011.

Asalnya beliau tidak terfikir untuk menceburi kerjaya dalam bidang sains, sebaliknya lagi berminat kepada bidang kesenian dan literasi. Namun, apabila cikgu beliau perasan bakat beliau dalam bidang sains, beliau diletakkan di dalam aliran sains tulen. Dari situlah, beliau mula jatuh cinta dengan sains, terutamanya fiziks yang membawanya untuk menerusi kerjaya sebagai ahli astrofiziks pertama di Malaysia.

Kini beliau seorang perintis dalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Walaupun didalam bidang sains, beliau ulas sebab beliau memilih kerjaya sebagai ahli astrofizik kerana beliau terpesona dengan keindahan alam semesta yang menhidupkan kembali minat beliau dalam kesenian.

Dr. Mahaletchumy Arujanan
Dr. Mahaletchumy tersenarai antara pakar saintis yang paling berpengaruh dalam bidangnya

Dr Mahaletchumy Arujunan dilahir pada 25 May 1969 di Klang. Beliau seorang saintis tanah air, dan Pengarah Eksekutif Pusat Informasi Bioteknologi Malaysia (MABIC). Anak kepada seorang guru besar sekolah jenis kebangsaan Tamil, baru-baru ni, beliau tersenarai diantara pakar paling berpengaruh dalam bidang bioteknologi.

Di antara pencapaian beliau yang paling terkenal adalah usaha dalam memajukan satu resolusi bagi negara-negara Islam mengenai penggunaan pengubahsuaian genetik. Kebanyakan negara-negara Islam di Asia Tenggara susah untuk menerima sains bioteknologi, tambahan pula konsep pengubahsuaian genetik. Sehinggakan, ulama-ulama di negara jiran Filipina keluarkan fatwa yang menyatakan bahawa semua bentuk pengubahsuaian genetik adalah haram.

Beliau terus berusaha untuk mengumpul ulama-ulama tersebut untuk mengadakan mesyuarat dengan pakar saintis bioteknologi untuk menyuarakan pendapat masing masing. Semasa mesyuarat tersebut, mereka menjelaskan kepada ulama-ulama tersebut bagaimana sel tersebut dikultur dan diproses. Ulama pula menjelaskan prinsip-prinsip Islam kepada ahli saintis.

Hasil mesyuarat tersebut adalah ulama-ulama bersetuju untuk batalkan fatwa mereka dan ahli saintis bioteknologi setuju tidak akan menggunakan sumber babi di dalam proses menkultur dan pengubahsuaian genetik terutama dalam pengunaanya di negara Islam. Oleh sebab usaha beliau dalam menangani situasi di Filipina, kini negara Islam seluruh dunia lebih terbuka terhadap bioteknologi dan konsep pengubahsuaian genetik.

Banyak lagi saintis tanah air yang telah banyak menyumbang dalam bidang masing masing seperti Dr. Pei Cheng Chua yang berjaya memenangi Birkeland Prize untuk tesis beliau dalam bidang minyak dan gas, ataupun G. Kogelen Govindasamy, saintis ternama yang mempunyai IQ setinggi 180 berdasarkan skala Cattell

Walaupun kelihatan hebat-hebat sumbangan golongan saintis di Malaysia ini, namun ia tidak dapat diketahui oleh rakyat kerana tidak mempunyai liputan media yang banyak seperti artis di Malaysia kerana kandungannya khusus terhadap pembaca yang minat terhadap bidang sains. Jika ia dapat liputan media ramai tidak akan mempedulikan kandungan itu kerana mereka tidak meminati bidang tersebut.

Want More Story From Us?