Membantu semua tidak kira bangsa

Bukan sahaja mementingkan agama, membantu orang lain juga merupakan agenda utama.

Sheikh Hussain Yee adalah warganegara Malaysia berketurunan Cina yang sangat komited dan rajin untuk menyebarkan dakwah dan juga pekerjaan sosial. Merupakan seorang yang sangat merendah diri dan mempunyai keperibadian yang tinggi, beliau juga ialah pengasas dan presiden bagi pertubuhan Al-Khaadem.

Beliau adalah anak jati Kedah yang telah berhijrah ke Pulau Pinang sejak 1960-an ketika masih seorang penganut agama Buddha. Selepas memeluk Islam pada tahun 1968, Sheikh Hussain melanjutkan pengajian dalam bidang hadith di Universiti Islam Madinah pada 1972 hingga 1978.

Perjalanan ke puncak berbekalkan ilmu

Sheikh Hussain telah bekerja di pelbagai organisasi untuk mengukuhkan dan menyebarkan dakwah serta menyokong orang yang telah memeluk agama Islam. Beliau telah menghabiskan setahun sebagai penasihat untuk Pertubuhan Pelarian Islam Kemboja di Paris, Perancis dan juga berkhidmat sebagai Kaunselor di PERKIM, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi pengarah pusat Islam di Hong Kong.

Beliau menuntut ilmu bersama salah seorang ulama besar mengenai hadis pada zamannya iaitu Shaikh Muhammad Nasiruddin Al Albani. Hari ini, Ustaz Muhammad Hussain Yee adalah tokoh yang terkenal di dunia Islam. Beliau biasanya memberi ceramah di rantau Asia Pasifik dan mengadakan banyak kem di UK dan Eropah dengan jemputan organisasi tempatan dan antarabangsa.

Pertubuhan yang berjaya dan berdedikasi

Sheikh Hussein Yee menubuhkan Al-Khaadem sebagai organisasi bukan kerajaan Islam yang berpusat di Malaysia. Beliau bercita-cita untuk menyebarkan ajaran Islam yang benar dan juga untuk membantu rakyat yang memerlukan. Beliau juga berdedikasi untuk mencerminkan kecantikan dan belas kasihan Islam berdasarkan panduan al-Quran dan Sunnah.

Imej dari: Al-Khaadem

Menjelang tahun, Al-Khaadem terus berkembang dan menjadi lebih terkenal kerana sumbangannya terhadap golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Organisasi ini banyak membantu masyarakat yang dilanda kemiskinan dan juga bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir.

Kem belia tahunan yang diadakan cemerlang dalam membentuk individu yang lebih baik. Program yang diadakan memberi fokus terhadap pendidikan, perbincangan, latihan refleksi rohani dan mental, projek berkumpulan dan aktiviti luar yang mencabar. Semuanya dirancang untuk membentuk generasi muda hari ini dengan mengukuhkan identiti diri mereka.

Pertubuhan ini juga menganjurkan Ramadan Aid setiap tahun dengan mengedarkan makanan, pakaian baru, dan sumbangan lain untuk membantu sebahagian masyarakat yang miskin, memerlukan, dan kurang bernasib baik. Orang lain juga turut dibantu, contohnya seperti ibu-ibu tunggal.

Matlamat dalam hidup untuk menguatkan ikatan antara umat manusia

Beliau sentiasa menjalankan aktiviti sepanjang tahun yang dapat menarik perhatian umat Islam terutamanya golongan belia. Beliau berhasrat untuk mewujudkan ikatan yang kuat dan istimewa antara umat Islam di dalam masyarakat yang juga boleh menyumbang kepada negara yang lebih baik kerana perpaduan akan tertanam di dalam hati mereka.

Sheikh Hussein Yee patut dijadikan contoh kerana membangunkan pertubuhan seperti ini dan membuktikan bahawa terdapat perbadanan bukan kerajaan yang berfungsi dengan hampir sempurna di Malaysia. Ini juga membuka mata orang lain untuk turut menyumbang kepada mereka yang memerlukan dalam berkongsi nasib dan kesusahan di negara ini.

Want More Story From Us?