Lagenda Negara: Sidek Brothers

Perkataan lagenda itu sendiri sudah memberi maksud yang amat besar kepada seseorang.

Setiap bidang mempunyai lagenda yang tersendiri untuk dijadikan idola serta rujukan kepada yang lain.

Bagi arena sukan, nama adik beradik Sidek bukanlah satu nama yang asing apabila mereka diangkat sebagai lagenda badminton tanah air berikutan pencapian mereka sepanjang bergelar atlet mahupun jurulatih bagi mengharumkan nama negara.

Kerana Allayarham Mohd Sidek

Adik beradik Sidek terdiri daripada lima orang iaitu Datuk Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Kelima-lima mereka merupaka bekas pemain kebangsaan dan kini begelar jurulatih di kelab masing-masing.

Allahyarham Dato’ Mohd Sidek Abdullah Kamar merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan kelima-lima permata negara itu. Beliau sendiri yang melatih anak-anaknya sehingga berjaya membawa seribu kejayaan kepada arena badminton negara sehingga hari ini.

Bersara sebagai pemain badminton, beliau seterusnya melatih kelima-lima mereka sehingga diserap ke dalam skuad kebangsaan. Jasa beliau dalam arena sukan badminton negara amatlah berharga.

Kejayaan demi kejayaan

Kalau nak dibacarakan mengenai kejayaan mereka lima beradik ini amatlah banyak. Namun ada beberapa kejayaan mereka yang telah mencipta sejarah dalam arena sukan negara.

Tahun 1985 menjadi tarikh bersejarah apabila mereka lima beradik terpilih mewakili negara dalam satu kejohanan secara serentak kerAna tahun sebelumnya tidak semua terpilih dan ada daripada mereka masih belum berjaya untuk menembusi pasukan kebangsaan

Sejak daripada itu, kejayaan demi kejayaan berjaya mereka bawa pulang. Tahun 1992 merupakan tahun bersejarah apabila Razif, Jalani, Rahman dan Rashid berjaya membawa pulang Piala Thomas buat pertama kalinya dalam sejarah sukan badminton negara.

Mereka juga berjaya membawa pulang pingat olimpik pertama negara. Razif dan Jalani adalah watak penting yang membawa pulang pingat tersebut. Mereka berjaya membawa pulang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992 selepas tewas kepada Park Joo Bong dan Kim Mun Soo (Korea Selatan) pada separuh akhir.

Rashid juga berjaya mengulangi kejayaan abang-abangnya di mana beliau telah membawa pingat gangsa pada temasya olimpik Atlanta 1996 dalam acara perseorangan.

Rashid diiktiraf sebagai pemain perseorangan terbaik negara pada ketika itu.

Selain kejayaan dalam gelanggang, kejayaan luar gelanggang juga tidak boleh disangkal sebaik mereka bergelar jurulatih.

Misbun antara yang paling berjaya sebagai seorang jurulatih di mana beliau telah melatih seorang lagi lagenda badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei sehingga beliau berjaya memperoleh pingat perak pertama negara dalam temasya sukan olimpik.

Beliau berjaya melatih Chong Wei sehingga menjadi pemain yang paling berjaya dalam arena sukan negara.

Kejayaan yang ditonjolkan oleh adik beradik Sidek memang tidak boleh disangkal lagi.

Kisah lagenda dianimasi

Kisah mereka adik beradik juga telah diadaptasi kepada sebuah  animasi yang dihasilkan oleh penerbit filem tempatan.

Animasi itu diterbitkan oleh Raja Azmi, yang juga merupakan bekas isteri Jalani, yang mengisarkan tentang mereka lima beradik.

Selain animasi, komik tentang mereka juga terhasil di mana kisah di dalam kedua-dua terbitan tersebut adalah berdasarkan kisah benar.

Siri animasi mereka turut disiarkan di RTM selama tiga musim dan 39-episod daripada 1999 hingga 2003.

Pada 2008, komik mereka dilancarkan semula dan disertakan dengan VCD siri animasi tetapi ia tiada lagi di pasaran sejak 2011.

Begitu besar jasa Allahyarham Dato’ Sidek dan mereka lima beradik dalam arena sukan negara khususnya badminton. Jasa mereka dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia sentiasa diingati oleh semua rakyat Malaysia.

Semoga kejayaan mereka dijadikan sebagai pembakar semangat untuk generasi sekarang agar menjadi lebih baik dalam bidang masing-masing.

Want More Story From Us?