Ulang tahun ke-50 Rukun Negara

Pada 3 Julai 2020, Perdana Menteri ke-8, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan 50 tahun Rukun Negara. Majlis tersebut diadakan di Bangunan Perdana Putra semalam.

Logo tersebut dipacarkan pada skrin dengan animasi 3-D (tiga dimensi) dan didedahkan kepada umum buat kali pertama selepas Perdana Menteri selamat menyampaikan ucapan di majlis itu.

Jika dilihat pada logo tersebut, lima jalur mewakili kelima-lima rukun negara, manakala bulan serta bintang pula melambangkan rukun pertama, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Tengkolok yang dihias dengan bulan dan bintang itu turut melambangkan rukun Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Di samping itu, nombor 50 yang berwarna biru itu pula melambangkan rukun Kesopanan dan Kesusilaan.

Logo ini merupakan hasil reka cipta kerjasama Bernama, Jabatan Penrangan dan Kumpulan Media Karangkraf. Pengarah Kreatif Kanan Sinar Karangkraf, En. Norazlan Ismail, 43 tahun, berkata beliau mendapat idea untuk logo tersebut apabila membersihkan tengkolok silat.

Sejarah Rukun Negara

Rukun Negara atau national philosophy merupakan falsafah nasional yang dicipta selaras dengan pengisytiharan kerajaan pada Hari Merdeka, tahun 1970. Hal ini demikian daripada insiden gelap yang telah berlaku pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum serius yang membabitkan kematian beberapa individu dan kemusnahan harta benda.

Tujuan falsafah ini ditubuhkan adalah untuk memupuk perpaduan antara satu sama lain dan mendorong semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, rukun juga haruslah dihayati oleh setiap warganegara Malaysia dan mereka turut mestilah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka agar insiden gelap tidak berulang.

Want More Story From Us?