Pencemaran bunyi di Malaysia

Pencemaran yang tidak dapat dilihat dan selalu tidak diendahkan oleh masyarakat Malaysia kerana ia tidak mempunyai kesan fizikal terhadap Bumi seperti pencemaran yang lain.

Dunia di dalam keadaan yang sangat tenat sekarang. Kebakaran kawasan hutan di luar kawalan, tumpahan minyak secara besar-besaran, dan dianggarkan setiap hari, terdapat satu jenis spesis haiwan akan pupus. Pencemaran air, pencemaran udara, hakisan tanah, macam macamlah masalah alam sekitar pada hari ini.

Malah, kebanyakan pencemaran ini terdapat di Malaysia dan ia jelas dapat dilihat. Namun, terdapat juga satu jenis pencemaran yang tidak diendahkan oleh manusia tetapi telah membuatkan mereka rasa tidak selesa. Satu pencemaran yang ghaib tetapi sangat berbahaya dan ianya berasal daripada bandar-bandar di Malaysia.   

Pencemaran diabaikan

Pencemaran bunyi adalah antara pencemaran yang tidak diketahui atau tidak dipedulikan oleh rakyat. Ini disebabkan pencemaran ini tidak menjejaskan persekitaran kita secara melampaukalau nak bandingkan dengan pencemaran udara dan pencemaran air.

Pencemaran ini berlaku apabila terlalu banyak bunyi yang kuat. Bunyi diukur dalam desibel (db) dengan bunyi paling rendah diukur pada 0 db dan bunyi paling kuat diukur pada 194 db. Sebagai contoh, bunyi guruh selalunya akan berukur pada 120db, suara kicauan burung selalunya akan berukur pada 44 dB dan bunyi dari satu konsert rockakan berukur antara 110 ke 120 dB.

Kuala Lumpur terutamanya, antara pencemar bunyi terbesar di Malaysia. Bunyi daripada kereta api, daripada orang berjalan sini sana dan bercakap antara satu sama lain, sekali dengan trafik yang sentiasa ada di bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran bunyi yang tinggi. 

Rakyat Malaysia sekarang sudah biasa dengan bunyi yang kuat, tetapi, manusia tidak sepatutnya biasa dengan bunyi yang terlalu kuat. Menurut saintis, bunyi yang lebih daripada 85 dB boleh merosakkan telinga manusia dan masalah kesihatan yang lain.

Kesan pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi banyak menjejaskan kesihatan manusia, salah satu masalah kesihatan yang biasa akibat pencemaran bunyi adalah Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising (NIHL). Selain itu, ia juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kesuakaran untuk tidur, dan stress.

Menurut satu kajian yang dilakukan, ia didapati bahawa bunyi ada kemampuan untuk menggendalakan fungsi badan pada tahap sel. Oleh sebab gangguan tersebut, badan akan rasa lebih tertekan dan akhirnya membawa kepada kerosakan vaskular yang akan menyebabkan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Selain kesan pencemaran bunyi terhadap manusia, ia juga memberi kesan yang bahaya terhadap haiwan liar, dan terutamanya spesis haiwan yang menggunakan bunyi untuk berkomunikasi dan untuk mencari makanan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba.

Terdapat banyak kajian di luar negara yang menunjukkan bahawa pencemaran bunyi memberi kesan buruk terhadap hidup spesis-spesis tersebut, malah di Malaysia ada satu kajian baru, Indo-Pacific humpback dolphin dan Irrawaddy dolphin yang bertujuan untuk mengkaji kesan-kesan buruk pencemaran bunyi terhadap ikan lumba-lumba. Antara kesan yang terdapat dalam kajian itu adalah hilang pendengaran dan juga akan menyebabkan mereka berada di tepi pantai.

Di Malaysia, telah beberapa kali isu pencemaran bunyi dinaikkan oleh pihak berkuasa namun ia masih lagi berlaku. Isu ini diberhentikan seketika angkara wabak COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dikatakan secara tidak langsung telah mengurangkan pencemaran bunyi daripada bandar-bandar. Namun, selepas wabak ini berjaya ditewaskan, adakah rakyat Malaysia akan meneruskan dalam usaha mengurangkan pencemaran bunyi atau ia akan kembali ke situasi yang sama sebelum ini.

Want More Story From Us?