Nadi kepulauan Borneo

Heart of Borneo adalah hutan hujan Asia yang teragung dan juga yang terakhir di benua tersebut.

Hutan hujan Borneo dipenuhi dengan pelbagai hidupan flora dan fauna seperti orang utan dan badak sumbu, tidak lupa juga merupakan rumah bagi bunga terbesar di dunia, Rafllesia.

Heart of Borneo.
Imej dari: WWF-Indonesia/ GIS Team

Bukan itu sahaja, hutan hujan ini juga menyediakan servis ekologi kepada lebih kurang 11 juta orang Borneo dan Dayak. Ini telah menjadikan Heart of Borneo sebagai lombong emas bagi biodiversiti hutan hujan serta sumber kehidupan kepada manusia.

Namun, aktiviti pembalakan haram dan penanaman kelapa sawit yang berterusan telah mengancam kesejahteraan Heart of Borneo.

Aset tiga negara: Malaysia, Brunei, dan Indonesia
Imej dari: WWF-Malaysia

Hutan hujan ini terletak di kepulauan Borneo, yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Satu per tiga daripada pulau tersebut diliputi oleh Heart of Borneo. Selain itu, hutan hujan ini juga merupakan aset bersama tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Tiga benua ini bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga hutan hujan tersebut, oleh itu demi mencapai matlamat bersama ini, beberapa projek telah pun dijalankan.

Heart of Borneo Corridor Project

HoB Corridor Project adalah sebuah projek perlindungan yang berpotensi untuk menjadi yang terbesar di dunia, dan ia diuruskan oleh kerjasama antara tiga benua.

Objektif HoB Corridor Project ini ialah untuk menggabungkan kawasan hutan yang berpecah-belah, dari Sabah ke Sarawak, Timur dan Utara Kalimantan di Indonesia, seterusnya merangkumi kawasan hutan hujan di Brunei, di bawah satu pelan pengurusan yang koheren. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan perhubungan antara kawasan perlindungan merentasi benua melalui penggunaan tanah mampan.

Kempen Visit the Heart of Borneo

Kempen Visit the Heart of Borneo merupakan satu initiatif eko-pelancongan tiga benua untuk memperkenalkan kekayaan biodiveristi hutan Borneo ini sebagai tarikan untuk membawa pelancong-pelancong, sama ada dari dalam Malaysia, Indonesia, dan Brunei atau dari luar yang berminat untuk meneroka hutan hujan Borneo, berserta peluang untuk mereka merentasi antara tiga negara yang terlibat ini.

Selain keunikan flora dan fauna, aktiviti-aktiviti lain juga turut ditawarkan, seperti merasai kehidupan budaya masyarakat yang tinggal di kawasan hutan terutamanya puak orang asli, menghargai pemandangan indah di sungai-sungai dan tasik-tasik, dan menikmati makanan-makanan tempatan.

Video dari: WWF-Indonesia
Hutan Simpanan Kekal (PRF) atau Estet Hutan Kekal (PFE)

Malaysia telah menubuhkan Hutan Simpanan Kekal (PRF) atau Estet Hutan Kekal (PFE) untuk mengekalkan sekurang-kurang 50% kawasan di Malaysia diliputi kehijauan pokok dan hutan. Dengan menggutamakan konsep Pemuliharaan Hutan Bernilai Tinggi, ini akan memastikan kawasan-kawasan hutan yang mengandungi ciri-ciri menarik, unik dan bernilai tinggi bagi kepelbagaian biologi seperti Heart of Borneo terjaga.

WWF antara pelindung utama

Tambahan pula, Heart of Borneo telah menjadi salah satu keutamaan World Wildlife Fund (WWF) untuk memberi tindakan secepat mungkin jika berlaku apa-apa perkara yang boleh mengancam kehijauan hutan. WWF telah bertahun-tahun aktif di Borneo dan merupakan orang tengah bagi ketiga-tiga benua itu untuk mencapai kata sepakat pada 2007.

Dengan ini, WWF kekal menjadi orang penting dalam menjalankan pelbagai projek perlindungan di hutan hujan tersebut.

Sama-sama menjaga Heart of Borneo untuk masa hadapan

Seperti nama yang diberi, Heart of Borneo adalah jantung yang mesti kekal denyutannya agar hutan hujan permata terakhir Asia ini masih wujud di peta dunia.

Penjagaan hutan hujan tersebut bukanlah tanggungjawab NGO dan kerajaan sahaja bahkan tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia, Brunei, dan Indonesia. Mereka mestilah sedaya upaya cuba menjaga alam sekitar kerana bukan sahaja mereka, haiwan dan tumbuhan lain juga berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Want More Story From Us?