Ambil haiwan angkat dari Zoo Negara

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu bukan sahaja menjejaskan perniagaan malah turut memberi kesan kepada Zoo Negara. 

Kekurangan derma dan penjualan tiket memaksa Zoo Negara untuk menggunakan dana kecemasan untuk menampung kos operasi. Keadaan ini memaksa pihak pengurusan Zoo Negara menggunakan dana kecemasan yang merupakan peruntukan yang dibuat khusus oleh pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MSZ) untuk keadaan yang tidak dijangka.

Masalah kewangan zoo telah diburukkan lagi dengan kehilangan geran persekutuan lima tahun sebanyak RM5 juta yang telah berakhir pada tahun 2004.

Walau bagaimanapun, dana kecemasan, yang dibuat secara khusus untuk keadaan yang tidak dijangka itu tidak akan bertahan lama.

Panda pernah menjadi tarikan

Pada tahun 2014, apabila China mempersembahkan Malaysia dengan dua panda gergasi, Zoo Negara telah mencapai jumlah rekod pelawat hampir mencecah 800,000. Kebanyakan mereka datang dalam tempoh enam bulan pertama kerana publisiti.

Namun, pengunjung dari negara-negara Arab menduduki tangga teratas pada senarai sekitar 20% manakala angka pelawat paling rendah adalah pelawat dari China, kerana negara itu mempunyai zoo sendiri yang juga menampilkan haiwan kebangsaan Cina iaitu panda gergasi.

Tetapi dengan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak pengurusan terpaksa menutup Zoo Negara buat sementara dan menyebabkan mereka kekurangan dana untuk terus menjaga haiwan-haiwan di sana.

Haiwan angkat untuk membantu operasi zoo 

Pendapatan utama Zoo Negara dijana melalui jualan tiket dan kutipan derma. Disebabkan orang ramai tidak dapat mengunjungi Zoo Negara buat masa sekarang, mereka perlu mencari inisiatif lain bagi membantu meneruskan operasi di sana.

Imej dari: Facebook Zoo Negara

Mereka telah melancarkan kempen di mana orang ramai boleh membeli sijil dan menjadikan haiwan di Zoo Negara sebagai haiwan angkat.

Tanpa diketahui ramai, kempen “mengambil haiwan angkat” dilaksanakan oleh kebanyakan zoo di seluruh dunia untuk meningkatkan pendapatan yang akan digunakan untuk menjaga kesejahteraan haiwan.

Terdapat pakej haiwan angkat yang berpatutan yang boleh dilihat oleh orang apabila memutuskan untuk menyumbang. Pakej yang ada bermula dari harga RM50 hingga RM500. 

Imej dari: Zoo Negara Malaysia

Zoo Negara menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mengambil pelbagai jenis haiwan sebagai haiwan angkat dan membantu dengan makanan tahunan mereka, penggayaan dan rawatan veterinar. Wang yang dikumpul hasil daripada kempen ini dapat sedikit sebanyak digunakan untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan tersebut.

Hebahan kempen di media sosial

Ramai aktivis haiwan prihatin dengan keadaan di Zoo Negara dan mereka memanfaatkan kemudahan media sosial sebagai platform untuk berkongsi mengenai kempen ini dan juga meminta derma dengan harapan dapat membantu zoo meneruskan operasi.

Imej dari: Twitter @JewelJupiters

Orang ramai yang ingin menderma boleh melawat laman sesawang Zoo Negara untuk sebarang jenis sumbangan dan juga mengambil haiwan angkat.

Want More Story From Us?