Tokoh bola sepak tanah air

Malaysia mempunyai ramai tokoh bola sepak yang telah memberikan impak yang besar terhadap sukan ini dan telah secara tidak langsung memupuk semangat bola sepak di negara ini.

Dimana sahaja anda berada, agak sukar untuk mencari komuniti yang tidak mengetahui permainan bola sepak, jika tidak mereka pasti ada versi bola sepak mereka tersendiri. Permainan bola sepak sudah diterima oleh semua kultur seluruh dunia atas sebab betapa senangnya untuk memaahami permainan ini.

Malaysia tidak dikecualikan daripada kegilaan bola sepak ini. Daripada kawasan bandar hingga ke kawasan pendalaman, setiap petang, pasti ada sahaja remaja yang akan turun padang untuk bermain bola sepak, sehingga menganjurkan liga bola sepak kejiranan sendiri.

Ternyatalah betapa disayang dan digemar permainan ini di Malaysia, tetapi semangat bola sepak diantara rakyat Malaysia ini tak tumbuh dalam satu malam, terdapat beberapa factor, atau lebih khusus beberapa individu, yang menyemarakkan semangat sukan ini di Malaysia.

Cucuk Hassan!
Pengulas lagenda ini yang telah memberi impak yang besar terhadap sukan bola Malaysia

Zulkarnain Hassan, seorang pengulas lagenda dalam sukan bola sepak Malaysia, beliau paling terkenal dengan ulasannya “dapat kepada Hasan, masih lagi Hasan, cucuk Hasan, kembali James, peluang untuk James! James! Gol!” di pertandingan bola sepak kelayakan Sukan Olimpik pada 4 April 1980 di Stadium Merdeka.

Malangnya selepas tiga tahun bertarung dengan penyakit jantung, beliau tewas pada usia 82 tahun. Walaupun Allahyarham bukan pemain bola sepak, sumbangan Allahyarham dalam menyemarakkan semangat bola sepak di Malaysia ini melalui ulasannya tidak boleh dinafikan.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang pengulas yang “cool” namun sentiasa hadir dengan fakta dan pelbagai maklumat untuk penonton.

“Suara dan ulasan beliau memberikan inspirasi serta menaikkan semangat penyokong dan sekali gus menyatukan kita (rakyat Malaysia) melalui bola sepak” ulas Datuk Rahim Razali di dalam satu temu bual dengan Astro Awani.

Atuk Weigang
Atuk Weigang sangat digemari oleh peminat bola sepak di Malaysia

Karl – Heinz Weigang ialah seorang jurulatih prefesional bola sepak Jerman. Walaupun berasal dari negara asing, peminat bola sepak tanah air mengenal beliau dengan nama panggilannya “Atuk Weigang” dan kebijaksanaan taktikalnya ketika di padang. 

Beliau bukan sahaja melatih pasukan bola sepak Malaysia lagenda 1980 yang berjaya melayakkan diri kepada Sukan Olimpik Moscow 1980, tetapi juga telah melatih pasukan-pasukan tanah air seperti Perak FA dan Johor FA. Di bawah latihan beliau, Perak FA telah berjaya membimbing pasukan itu untuk memenangi Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Beliau juga terkenal dengan kata kata beliau yang berkontroversi dan kadang-kadang nakal. Tiada siapa yang boleh lari daripada kritikan sindir beliau. Di antara kata kata beliau adalah:

“Saya tidak tahu kenapa pemain suka bermain bola hantaran tinggi. Mungkin lepas ini saya boleh suruh mereka pakai sayap untuk terbang tinggi menyambut hantaran lintang.”

Dan

“Saya gembira kerana mendapat satu mata dan Terengganu hilang dua mata. Pergi tanya perasaan mereka (Terengganu).”

Walaupun negara asalnya mempunyai pasukan bola sepak sendiri, beliau masih juga mengambil masa untuk melatih pemain bola sepak di Malaysia ini untuk menjadi pemain yang hebat, dan kerana inilah Atuk Weigang antara tokoh disenaraikan di sini

Supermokh, Satu dalam Sejuta
Hilang Tidak Berganti, Supermokh masih lagi dinobat sebagai pemain terbaik Malaysia

Akhir sekali, Mokthar Dahari, atau lebih dikenali sebagai Supermokh. Seorang pemain bola sepak lagenda tanah air, beliau terkenal sepanjang kerjayanya, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.

Jolokan “Supermokh” diberi kerana kehebatannya di atas padang. Mengikut rekod rasmi, beliau berjya menjaringkan sebanyak 175 gol untuk Selangor dan 20 gol untuk Kwong Yik Bank. Yang lagi hebatnya beliau beraksi sebanyak 138 kali di peringkat antarabangsa dan berjaya menjaringkan sebanyak 85 gol.

Tambahan lagi, rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), menjadikan Mokhtar pemain Malaysia pertama yang berjaya disenaraikan ke dalam FIFA Century Club.

Kejayaan beliau dalam menewaskan pasukan antarabangsa terkenal seperti Arsenal dengan skor 2-0 masih dikenang dengan bangga oleh peminat bola sepak tanah air. Sumbangan beliau dalam menyemarakkan semangat bola sepak di dalam setiap jiwa rakyat Malaysia tidak boleh dikatakan, terlalu banyak.

Want More Story From Us?