Sistem Tagal: Penyelamat Spesis Ikan

Alam sekitar merupakan khazanah yang amat penting buat negara, namun jika rakyat tidak menjaganya dengan baik, lama-kelamaan khazanah tersebut bakal hilang di negara.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi memastikan khazanah negara dapat dipelihara dan dipulihara.

Seperti di Sabah, yang menggunakan sistem tagal bagi memastikan spesis ikan tidak pupus dan terancam akibat aktiviti manusia.

Spesis ikan terjaga

Sistem tagal ini berasal daripada suku kaum Kadazandusun di Sabah, yang mana perkataan ‘tagal’ dalam bahasa Kadazandusun bermaksud ‘jangan’ atau ‘dilarang’ untuk berbuat sesuatu.

Sistem tagal ini melarang sumber alam iaitu ikan, diambil daripada sebuah kawasan atau sungai, yang kemudiannya dijadikan sebagai kawasan pemuliharaan, bagi memastikan ikan di kawasan tersebut tidak diancam kepupusan.

Sistem ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zon merah, zon kuning, dan zon hijau. Zon merah adalah zon untuk memulihara ikan, zon kuning untuk pembiakan manakala zon hijau dibuka untuk orang awam. Ada juga yang menjadikan zon hijau sebagai spa ikan.

Selamatkan Spesis

Penggunaan sistem tagal ini amat penting bagi memastikan spesis ikan terjaga supaya tidak menjejaskan ekosistem serta bidoversiti flora dan fauna.

Sistem ini mampu selamatkan spesis yang terancam seperti ikan Kelah dan lain-lain di samping ianya juga mampu untuk melindungi ikan-ikan daripada aktiviti haram yang boleh menjejaskan populasi spesis ikan tersebut.

Bahkan, sistem ini juga mampu mengelakan sungai daripada tercemar akibat perbuatan manusia.

Sistem ini juga boleh menghukum sesiapa sahaja kerana ianya sebagaian daripada undang-undang bagi melindungi ikan-ikan di beberapa sungai di Sabah.

Tarikan Pelancong

Walaupun sistem tagal ini lebih kepada memelihara namun sesetengah penduduk di Sabah melihat sistem ini daripada perspektif yang sedikit berbeza.

Kelebihan sistem tagal ini digunakan untuk menarik pelancong, seperti di Kampung Marakau yang telah menjadi salah satu tarikan pelancong di Sabah oleh kerana penggunaan sistem tersebut,

Sistem ini juga merupakan usaha sama penduduk kawasan serta kerajaan negeri Sabah untuk menajana pendapatan serta mampu menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah.

Dapat dilihat dengan jelas bahawa sistem tagal ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak di samping mampu memelihara spesis ikan.

Sistem ini perlu diperluaskan di seluruh negara termasuklah di semenanjung agar orang ramai mempunyai kesedaran betapa pentingnya sistem ini.

Diharapkan usaha seperti ini mampu menarik ramai pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan untuk melabur kepada program sebegini agar khazanah negara akan terus dipelihara.

Want More Story From Us?