Kepercayaan ilmu feng shui

Ilmu feng shui masih diamalkan di Malaysia oleh setiap kaum. Tetapi secara wajarnya tidak semua orang mempercayai ajaran tersebut kerana ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Mereka yang mempercayai feng shui selalunya akan menggunakan ilmu petunjuk ini untuk mendapatkan nasib yang lebih baik. Feng shui merupakan sistem estetika yang menggunakan hukum samawi (astronomi) dan bumi (geografi). Ia juga dipercayai dapat menolong penduduk di sebuah lokasi menerima aliran qi positif.

Dalam ilmu feng shui, qi merupakan elemen yang penting. Ia terdiri kepada yin (negatif) dan yang (positif). Kedua-dua qi ini membantu untuk mendapatkan kehidupan yang harmoni dalam alam. Oleh itu, apabila sesuatu lokasi atau aturan dalaman (interior) mempunyai kelebihan energi yin (Yin Qi), ia akan diletakkan dengan sesuatu yang bersifat yang (Yang Qi) supaya seimbang.

Sebenarnya, ilmu feng shui ini masih diamalkan sehingga hari ini. Berdasarkan ilmu tersebut, misalnya, cermin adalah salah satu barang yang dilarang menghadap katil seseorang. Ini kerana, cermin mempunyai unsur yin dan dipercayai bahawa pada saat tidur energi tersebut akan diserap oleh yang.

Lima elemen utama feng shui

Terdapat lima elemen utama ilmu feng shui yang juga dikenali sebagai lima fasa, iaitu api (fire), tanah (earth), logam (metal), air (water), dan kayu (wood). Kelima-lima elemen ini mendefinisikan setiap aspek kehidupan yang berkait dan berkecuali.

Lima elemen utama feng shui.

Setiap elemen mempunyai maksud yang berbeza mengikut kepercayaan. Contohnya, sesetengahnya percaya bahawa api mewakili minat/ keghairahan, tanah mewakili kestabilan penjagaan diri, logam mewakili kecantikan, air menggambarkan pengaliran yang lancar, dan kayu pula melambangkan kecerdasan.

Feng shui di Malaysia

Di Malaysia, feng shui masih diamalkan di kalangan masyarakat terutamanya kaum Cina. Amalan ini sering digunakan untuk orang yang ingin mengetahui nasib kediaman mereka atau perkara yang dapat mendatangkan tuah buatnya.

Contohnya, untuk orang yang mempunyai perniagaan sendiri, feng shui dipercayai dapat memberi kejayaan terhadap perniagaan mereka.

Feng shui dalam hal perniagaan digunakan dengan cara untuk mendapatkan aliran yang tepat di pejabat atau lokasi perniagaan. Ia dapat mengekalkan kesejahteraan pekerja, serta menarik lebih banyak untung.

Walaupun ilmu ini terkenal dalam golongan kaum Cina kerana asal usul ilmu ini adalah dari negara China, ada juga orang melayu yang mengamalkannya.

Bercanggah dengan agama islam

Pelbagai fatwa mengatakan bahawa ajaran feng shui diharamkan buat orang islam kerana ia bertentangan dengan ajaran islam. Jika seseorang mempercayai ajaran tersebut dengan keyakinan yang tinggi, mereka boleh jatuh syirik. Ini kerana di dalam kepercayaan islam, yang mengatur hal nasib dan rezeki adalah Allah swt. 

Sehubungan dengan itu, di Malaysia, hal ini tidak pernah menjadi isu walaupun majoriti rakyatnya beragama islam kerana masyarakat bersetuju untuk menghormati ilmu yang diamalkan oleh rakyat yang pelbagai kaum.

Pandangan saintifik terhadap feng shui

Sebenarnya, feng shui adalah ilmu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Ilmu tersebut bukanlah berdasarkan sains tetapi bentuk seni di budaya timur. Sekiranya seseorang cuba mengukur dan menguji ilmu tersebut dengan menggunakan definisi sains, ia pasti dianggap tahyul.

Oleh itu, orang yang belajar dan mengamalkan feng shui tidak pernah terfikir ia berkait dengan sains tetapi lebih kepada interaksi antara manusia dan alam sekitar.

Matlamat utama ajaran feng shui hanyalah untuk mencapai keharmonian.

Want More Story From Us?