Kampung Boy: Legasi Lat

Katun Lagenda ini masih lagi mempunyai memori yang indah terhadap sesiapa sahaja yang pernah menontonnya.

Malaysia mempunyai sejarah yang hebat dengan menghasilkan pelbagai artis yang luar biasa Seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Allahyaraham Dato Sudirman yang diiktiraf di seluruh dunia kerana bakat nyanyian mereka yang luar biasa. Malah, Siti Nurhaliza dijuluki The Malaysian Songbird kerana suaranya yang luar biasa oleh orang Barat.

Tetapi di luar skop menyanyi, terdapat ramai lagi artis yang hasil kerja mereka diiktiraf di seluruh dunia kecuali di Malaysia. Seorang artis khususnya, kerja beliau diikiraf di seluruh dunia, tambahan lagi beliau telah memenangi pelbagai anuggerah untuk kerja tersebut.

Tetapi malangnya, kebanyakan pemuda hari ini tidak mengenali kerja beliau lagilah nama beliau walaupun kerja tersebut terkenal seluruh dunia.  Nama beliau Lat dan beliau seorang Kampung Boy.

Memperkenalkan Lat, seorang Kampung Boy

Lat adalah budak kampung yang tinggal di sebuah kampung di Perak pada tahun 1950-an. Seperti kebanyakan budak lelaki usia itu, dia tak boleh duduk diam dan asyik keluar berkeliaran dengan rakan rakan dia untuk mencari pengembaraan dan seringkali berdepan dengan masalah.

Novel grafik Kampung Boy adalah sebenarnya autobiografi pengarangnya iaitu Dato’ Mohammad Nor bin Mohammad Khalid yang juga dikenali sebagai Lat. Oh patutla watak utama nama Lat.

Kampung Boy mula-mula diterbit oleh Berita Publishing pada tahun 1979. Selepas 4 bulan, percetakan pertama novel grafik Kampung Boy telah habis dijual, dengan sebanyak 60,000 salinan dijual.

Sejurus kejayaan ini, Kampung Boy yang asalnya ditulis dalam “Manglish” (gabungan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) diterjemah ke beberapa bahasa lain termasuk Bahasa Perancis dan Bahasa Jepun dan dijual di luar negara. Oleh kerana konten ringan Kampung Boy sekali dengan jenaka yang senang difahami , Kampung Boy diterima dengan baik di luar negara.

Tetapi pengembaraan Kampung Boy tidak berakhir di situ. Selepas mengakhiri novel grafik ini, beliau sambungkan cerita pengembaraan Lat di dalam novel grafik seterusnya bertajuk Town Boy dimana watak utama Lat pindah ke bandar.

Legasi Lat, seorang artis Malaysia.

Serba sedikit mengenai Lat, pengarang bukan watak Kampung Boy. Beliau berjaya menerbit komik pertamanya bertajuk Tiga Sekawan (Three Friends) pada usia 13 tahun.

Pada usia 17 tahun pula beliau mula berkerja untuk Berita Minggu (versi hujung minggu Berita Harian), dimana beliau mereka jalur komik untuk suratkhabar tersebut setiap minggu. Walaupun masih bersekolah, beliau menerima sebanyak RM100 sebulan untuk jalur komik-nya.

Lat diraih sebagai seorang artis tersohor di Malaysia, pada tahun 2006, grafik novel Kampung Boy berjaya memenangi Majilis Buku Kanak-Kanak dan anugerah Booklist Editors Choice. Pada tahun 2007 pula, Kampung Boy dianugerahkan Buku Antarabangsa Cemerlang oleh United States Board of Books for Young People.

Selepas menamatkan pengajian, beliau pindah ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mencari kerja sebagai seorang ilustrator tetapi akhirnya menjadi wartawan jenayah untuk News Straits Times (NST).

Apabila Tan Sri Lee Siew Yee, Ketua editor News Straits Times (NST) pada masa itu, dapat tahu kartun Bersunat yang diterbitkan di majalah Asia Magazine meraih banyak pujian direka oleh Lat, beliau diberi tugasan baru sebagai kartunist NST. Di sini bermula lah Lat berkembang sebagai seorang kartunis.

Kini, siri Kampung Boy yang mengandungi 4 novel grafik dan 2 siri televisyen adalah antara kebangaan rakyat Malaysia. Walapun sudah berdekad, novel grafik tersebut masih dijual di kedai buku seluruh Malaysia, dan kadangkala satu anjuran akan bertemakan Kampung Boy, ini satu bukti betapa disayangi siri novel grafik ini oleh orang Malaysia.

Want More Story From Us?