Dari Beijing ke Malaysia, Opera Peking terus serlahkan keunikan

Malaysia merupakan negara yang indah kerana sejarah dan budaya yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Opera Peking, tradisi yang telah wujud semenjak abad ke-18 lagi, masih tidak dilupakan dan telah menjadi salah satu keunikan tradisi masyarakat Cina di Malaysia.

Opera Peking atau juga dikenali sebagai opera Beijing merupakan persembahan teater yang mempunyai unsur penting seperti nyanyian, lakonan, ucapan dan seni bela.

Persembahan opera Peking selalunya berunsurkan sejarah, politik, sosial dan kehidupan harian dan menawarkannya di dalam bentuk hiburan.

Lagu yang dibawa di dalam opera Peking adalah sangat penting kerana akan memberikan impak kepada jalan cerita dan suasana persembahan.

Sejarah perkembangan Peking opera
Sumber: china.org.cn

Opera Peking dilahirkan pada tahun 1790 apabila “Empat Pasukan Anhui Hebat” membawa opera Anhui ke Beijing untuk ulang tahun ke-80 Maharaja Qianlong pada 25 September.

Pada tahun 1828, beberapa angkatan Hubei telah datang ke Beijing dan bergabung dengan angkatan Anhui untuk membuat persembahan.

Gabungan dua tentera itu telah melahirkan irama dan lagu yang unik untuk opera Peking dan pembentukannya telah kira matang pada tahun 1845.

Irama dan lagu opera Peking terdiri daripada dua jenis instrumen iaitu Xipi dan Erhuang dan dialog yang dibahasakan juga menggunakan gaya bahasa Mandarin lama.

Peranan dan watak penting dalam opera Peking

Persembahan Peking opera telah melalui pelbagai perubahan selepas beratus tahun dan akhirnya, Peking opera mempunyai hanya empat karakter yang mempunyai peranan penting.

Watak Sheng memainkan peranan utama dalam persembahan opera Peking manakala watak Dan merujuk kepada mana-mana karakter perempuan.

Sumber: chinaculturetour.com

Watak Jing, ialah watak lelaki yang mempunyai lukisan pada mukanya. Karakter ini boleh memainkan sama ada peranan utama atau peranan sampingan.

Watak Jing akan membawa peranan yang tegas maka watak Jing perlu mempunyai suara yang lantang dan berupaya untuk memberi gerak badan yang melampau.

Sumber: chinaculturetour.com

Manakala watak Chou pula memainkan peranan watak lelaki badut. Kebiasaannya watak Chou akan memainkan peranan sampingan.

Maksud Chou juga bermaksud hodoh bila diterjemahkan kepada Bahasa Cina dan ini mencerminkan kepercayaan tradisional masyarakat orang Cina dimana rupa yang hodoh dan ketawa akan menghalau hantu.

Sumber: chinaculturetour.com
Opera Peking di Malaysia

Walaupun opera Peking merupakan salah satu tradisi dari Beijing, kehadirannya juga wujud di Malaysia kerana sejarah negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum.

Menurut Chong Keat Aun, pembuat filem Snow in Mudsummer, berkata kemuncak persembahan teater Cina sudah bermula semenjak era kemerdekaan Tanah Melayu.

Dari tahun 1950an ke tahun 1980an, bilangan kumpulan teater opera Cina mencecah sehingga 180 kumpulan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, ramai beranggapan dek kerana peredaran zaman, seni teater Cina ini akan lupus di Malaysia.

Chong berkata hanya 18 ke 20 kumpulan sahaja yang masih aktif mempersembahkan teater opera Cina pada 2018.

Sumber:ocacnews.net

“Kenyataan yang menyedihkan semasa 17 tahun saya dokumentasikan seni tradisi masyarakat Cina tempatan ialah kita akan melihat kepupusan opera Cina dalam masa 10 tahun,

“Tetapi bukan kerana rugi dari segi kewangan atau kurang pendedahan. Ianya lebih kepada opera Cina Malaysia tidak mampu untuk mengikut peredaran zaman,”, jelas Chong.

Sumber: mypenang.gov.my

Namun, Ling Goh, pengasas kepada Rumah Opera Teochew di Pulau Pinang dan pengarah kepada dua kumpulan opera Teochew merasakan opera Cina di Malaysia masih mempunyai harapan.

“Sudah tentu sahaja ianya susah, pelakon di sini tidak dibayar sama seperti di China atau Singapore tapi ini yang saya perlu teruskan,

“Saya tak boleh nafikan yang saya cintakan opera Cina. Saya melihat penonton pelbagai umur yang datang dan walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya saya merasakan apa yang saya buat ini berbaloi,”

Tambahnya lagi, Goh tidak akan berhenti melalukan persembahan sehingga mencapai cita-citanya.

Kekalkan adat dan tradisi
Sumber: nst.com.my

Walaupun negara ini sedang melangkah memasuki zaman moden, adat dan tradisi tidak pernah boleh dilupakan.

Adat dan tradisi sesebuah masyarakat memberi definisi dan keunikan kepada masyarakat tersebut dan tradisi ini perlu dijaga supaya generasi akan datang tidak akan lupa tentang asal-usul nenek moyang mereka.

Tradisi opera Peking juga tidak terkecuali kerana keunikan opera Peking bukan sahaja pada karakter dan lagunya juga tetapi pada moral cerita yang disampaikan disebalik sesebuah hiburan.

Want More Story From Us?